Wednesday 20 July 2011

Pertemuan yang menyatukan kami adalah atas dasar perjuangan...

     Salam ukhwafillah kepada semua pembaca yang datang menjenguk blog ini secara sengaja mahupun tidak. 


     Alhamdulillah, sudah hampir dua bulan setengah diri ini mendirikan rumah tangga...syukur yang tidak terhingga kerana jodoh yang telah sampai bukan kerana terpaksa mahupun didesak..


     Cepat benar rasanya berlalu..sedar tak sedar, dah bertukar status dari 'cik' kepada 'puan'. Namun, itulah hakikatnya yang harus diterima akal fikiran. Bila Allah dah kata 'kun fayakun', tidak siapa pun boleh dapat menghalangnya walau sesaat. 


     Dalam sekelip mata itulah, pelbagai cabaran dan dugaan yang berlaku unutk menguji sekuat mana iman seseorang itu. kisah suka..duka..gembira..semuanya bersatu di dalam sebuah kehidupan bernama 'rumah tangga'. 


     Percayalah bahawa setiap yang datang pada kita itu adalah yang terbaik yang telah Allah tentukan buat kita bergelar hamba-Nya.